Tak lama lagi hari raya. Hari raya tahun ini adalah kali pertama aku sambut sebagai seorang suami dan insyallah, jika ada rezeki, juga sebagai bapa. Hari raya tahun ni bakal disambut di Batu Pahat. Kemudian, petangnya aku aku akan balik ke Melaka kejap untuk menziarahi mak dan abah.Sangat seronok apabila menyambut Ramadhan ditemani isteri tercinta. Sebelum ni berbuka seorang je. Walaupun tengah sarat mengandung, dia masih tetap kuat untuk menyiapkan juadah berbuka. Tu yang buat makin sayang kat dia. Di sebalik keletihan membawa baby di perut, dia tetap gigih menumbuk sambal, menumis, menggoreng dan sebagainya. Tetapi kadang kala kalau dia tak larat, kami akan berbuka di luar juga.
Raya tahun ini aku sambut secara sederhana sahaja. Dengan gaji yang makin susut dan tidak dapat advance gaji, aku hampir pokai. Sangat mengecewakan. Sekurang-kurangnya masuk la gaji awal. Ringan sikit beban nak sambut hari raya. Ni tidak...buat selamba derk je...sabar je lah. Business one drop perfume pun aku dah slow. Ada banyak stok-stok yang tak terjual. Nasib baik, ibu mertua tolong jualkan kat kawan-kawan dia. Dapat la balik modal sikit.
Bersempena hari raya yang bakal disambut tidak lama lagi, saya dan isteri Mazlina Mahali ingin memohon maaf jika kami pernah terkasar bahasa mahupun perbuatan, sengaja ataupun tidak. Sesungguhnya kami tidak sempurna dan Allah sahajalah yang sempurna sifatnya.
Selamat hari raya maaf zahir dan batin.
1 comments:
eid mubarak dear friend..
maaf zahir batin..
Post a Comment