
Pagi 8.30am 2 April 2010. Aku tengah meredah kesesakan jalanraya ke tempat kerja. Apabila radio mengatakan Din Beramboi meninggal dunia, aku terkejut. Patutlah Era FM lain sikit hari tersebut. Lagu-lagu pun rentak slow dan sayu je.
Aku terkenang semula ketika zaman sekolah aku. Zaman Din Beramboi di radio THR dan Majalah Ujang. Dia juga pernah merakamkan Radio Sirap Seremban (kalau tak silap) dalam bentuk kaset.Dulu aku pernah ada kaset tu, tapi dah hilang.
Bakat lawaknya memang semula jadi. Bahan lawak lawaknya selalu menjadi perbualan aku dan kawan2 segila aku seperti Batod dan Farez. Rancangan Ah-Ha di TV3 dulu memang tak pernah miss kerana aku suka tengok Din Beramboi membuat lawak. Biarlah orang kata lawak dia lawak kurang hajar dan merapu, tapi bagi aku , dia tetap best.
Setiap pagi aku selalu mendengarkan Drama Sebabak dan Sawancara di Era.fm. AKu bukak radio Era pun pasal nak gelak sorang2 pagi-pagi pegi keje. Aku siap rekod lagi segmen Drama Sebabak kat handphone aku dan dengar balik sorang-sorang. Lepas habis segmen tu, aku terus tukar Sinar FM nak dengar lawak Sallih Yaacob plak. Tapi, kini itu semua akan berubah. Tiada lagi Drama Sebabak di Era. Tak akan ada pengganti sehebat Din Beramboi.
Kenapa aku tulis pasal din Beramboi pun aku tak tau. Mungkin disebabkan aku dibesarkan dengan mendengar lawak-lawak merapu dia. Dari zaman Pujaan Radio Sirap sehinggalah ke radio ERA.
Aku betul-betul rasa kehilangan pelawak pagi2 aku ke tempat kerja.Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al Fatihah.
0 comments:
Post a Comment